Cuti Sekolah 2023: Kalendar Akademik & Cuti Umum KPM

Bilakah cuti sekolah bermula?

Berikut dikongsikan tarikh cuti sekolah 2023 berdasarkan takwim persekolahan 2023/2024 yang diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk cuti umum, anda boleh rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan & Negeri 2023.

Kumpulan A:
Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Cuti SekolahMulaAkhirJumlah Hari
Mula Persekolahan Sesi 2023/202419 Mac 202320 April 202324
Cuti Pertengahan Penggal 121 April 202329 April 20239
Cuti Penggal 126 Mei 20233 Jun 20239
Cuti Penggal 225 Ogos 20232 Sept 20239
Cuti Penggal 315 Dis 20231 Jan 202418
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/20249 Feb 20249 Mac 202430

Kumpulan B:
Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

Cuti SekolahMulaAkhirJumlah Hari
Mula Persekolahan Sesi 2023/202420 Mac 202321 April 202323
Cuti Pertengahan Penggal 122 April 202330 April 20239
Cuti Penggal 127 Mei 20234 Jun 20239
Cuti Penggal 226 Ogos 20233 Sept 20239
Cuti Penggal 316 Dis 20231 Jan 202417
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/202410 Feb 202410 Mac 202430

Cuti perayaan pula adalah seperti berikut:

PerayaanKumpulan AKumpulan B
Hari Raya Aidilfitri20 April 202320-21 April 2023
Hari Raya Korban28 Jun 202328-30 Jun 2023
Hari Deepavali13 Nov 202313 Nov 2023 (Sarawak sahaja)
14 Nov 2023
Tahun Baru Cina9 Feb 2024

Catatan:

Hari Deepavali: Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagiNegeri Sarawak. Negeri-negeri lain dalam Kumpulan B memperoleh cuti berganti yang
diperuntukkan oleh kerajaan.

Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024)

Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 01 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024)

Hari Krismas: 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024)

Tahun Baru Cina: 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024)

Takwim Persekolahan 2023

Berikut dilampirkan takwim persekolahan bagi sesi tahun 2023/2024.

Soalan Lazim

Bilakah cuti sekolah 2023?

Cuti sekolah bermula pada sesi pertengahan penggal 1 iaitu pada 21 April 2023 selama 9 hari. Kemudian disambung cuti penggal 1 pada 27 Mei 2023.