Deepavali 2023 jatuh pada tarikh 12 dan 13 November.
Berdasarkan kalendar cuti umum, semua negeri (KECUALI Sarawak) bercuti pada 12 November (Ahad).
Bagi negeri Sarawak, KPM telah memberikan cuti berganti untuk sekolah-sekolah di negeri tersebut pada Isnin 13 November.
Pada 13 November juga semua negeri bercuti kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak dan Terengganu.
Berikut adalah cuti sekolah berkaitan perayaan Deepavali:
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2022 | 24 Okt | Isnin | Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Sarawak |
2023 | 12 Nov | Ahad | Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Sarawak |
2023 | 13 Nov | Isnin | Cuti Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak & Terengganu |
2024 | 31 Okt | Khamis | Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Sarawak |
2025 | 20 Okt | Isnin | Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Sarawak |
2026 | 8 Nov | Ahad | Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Sarawak |
2026 | 9 Nov | Isnin | Cuti Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak & Terengganu |
Apa itu perayaan Deepavali?

Deepavali atau juga dipanggil sebagai Diwali adalah sebuah perayaan bagi penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia.
Hari Deepavali ini disambut setiap kali tiba bulan ketujuh kalender suria Hindu yang kini dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” iaitu cahaya dan “Gavali” iaitu beriasan.
Apabila digabungkan ia bermaksud sebarisan pelita. Pada malam sebelum perayaan ini, masyarakat Hindu akan memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga.
Upacara ini dinamakan sebagai Rangoli iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang diwarnakan menggunakan pelbagai warna dihadapan pintu.
Tujuan kolam atau rangoli ini dibuat adalah adalah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan setiap masa.
Aktiviti semasa Deepavali

Ketika perayaan ini, penganut Hindu akan bermandi minyak sebagai lambang penyucian badan dan semangat.
Kemudian, penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Mereka bersembahyang dan meraikan perayaan ini bersama-sama dengan aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara.
Bilakah Deepavali disambut?
Ia disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil, iaitu antara bulan Oktober dan November.