Hari Kaamatan, Perayaan Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai, masing-masing membawa erti yang sama iaitu sebuah pesta tradisi yang dilakukan sejak turun-temurun lagi bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah.
Di Labuan dan Sabah, cuti umum bagi Pesta Kaamatan akan disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
Berikut adalah cuti sekolah berkaitan perayaan Hari Kaamatan:
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2023 | 30 Mei | Ahad | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
2023 | 31 Mei | Isnin | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah |
2024 | 30 Mei | Khamis | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
2024 | 31 Mei | Jumaat | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah |
2025 | 30 Mei | Jumaat | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
2025 | 31 Mei | Sabtu | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah |
2026 | 30 Mei | Sabtu | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
2026 | 31 Mei | Ahad | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah |
Ini menandakan bahawa sudah berakhirnya kitaran penanaman, yang dimaksudkan masa untuk menuai.
Apa itu Hari Kaamatan?

Hari Kaamatan adalah sebuah perayaan yang sangat berkait rapat dengan penananamn padi beras.
Perayaan kesyukuran ini diadakan oleh petani untuk berterima kasih kepada semangat padi yang dikenali sebagai Bambaazon, dan Kinoingan (Tuhan) atas hasil tuaian yang melimpah ruah.
Ia disambut oleh kebanyakkan kumpulan etnik di Sabah khususnya Kadazan Dusun iaitu kumpulan etnik peribumi terbesar di negeri tersebut.
Upacara yang dilakukan ketika Hari Kaamatan
Upacara khusus yang dilakukan pada Hari Kaamatan boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu:
1. Upacara kemasukan Bambaazon ke tangkob (tempat penyimpanan padi)
Bobohizan berperanan penting dalam acara ini. Di mana Bobohizan akan mencari tangkai padi yang terbaik, meletakkannya di dalam tadang atau bakul, dan memindahkannya ke dalam tangkob.
Upacara ini penting bagi memastikan petani boleh menuai semula pada musim penanaman akan datang.
2. Upacara Magavau (pulih)
Upacara Magavau pula adalah satu upacara yang dilakukan Bobohizan untuk memburu dan membawa balik Bambaazon.
Magavau memiliki tiga bahagian untuk inait, iaitu magagandai, papa’ambai dan mongkodim atau mongizak.
Ritual sederhana yang dilakukan di acara Kaamatan moden akan berlangsung sekitar 15 minit. Namun, ritual penuh memerlukan masa lebih kurang sehari.
Acara ini dijalankan untuk membolehkan ketua Bobohizan berjalan di sekitar sawah padi untuk mengumpulkan semua Bambaazon yang telah sesat.
Keunikan pada Pesta Kaamatan

Selain ritual kuno, terdapat tida lagi perkara unik semasa Pesta Kaamatan ini berlangsung dalam masyarakat Sabah. Antaranya seperti:
- Pertandingan Cantik Unduk Ngadau
- Persembahan tarian tradisional seperti Sumazau dan Magunatip
- Menjamu hidangan tradisional dan minuman tapai
Bilakah Hari Kaamatan disambut?
Ia disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun oleh masyarakat Sabah khususnya etnik Kadazan Dusun.