Bilakah sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor 2023?
Hari Keputeraan Sultan Selangor disambut pada tarikh 11 Disember yang jatuh pada hari Isnin.
Tarikh 11 Disember menjadi cuti umum dan cuti sekolah bagi seluruh negeri Selangor.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2023 | 11 Dis | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
2024 | 11 Dis | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
2025 | 11 Dis | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
2026 | 11 Dis | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
Kenali Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor yang bertakhta kini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Baginda diputerakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang.
Merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Paduka Bonda Raja Selangor, Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Binti Tengku Badar Shah.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj adalah seorang yang mempunyai karisma dan kepimpinan yang cemerlang sejak kecil lagi.
Baginda telah mencipta sejarah dengan melakukan pelayaran mengelilingi dunia di atas kapal layar S.Y Jugra selama 22 bulan pada tahun 1995 hingga 1996.
Kemudian pada tahun 1997 pula, Baginda menyertai cabaran memandu kereta vintaj dari Peking ke Paris, yang menjangkau jarak 16,000 kilometer selama 43 hari.
Pada tahun 2001, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga kini.
Kerajaan Perancis telah mengurniakan Baginda dengan pingat Commandeur de la Legion d’Honneur pada tahun 2012.
Dari segi sumbangan pada pendidikan, baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Public Administration oleh Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) pada tahun 2001 dan dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun 2002 sehingga kini.
Pada tahun 2018, Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Laws oleh University of Nottingham dan Ijazah Kehormat Doctor of the University oleh Heriot-Watt University.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor yang ke-9 pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422 Hijrah.
Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001.