Hari Krismas: Senarai Negeri Yang Cuti Umum 31 Disember

Hari Krismas adalah merupakan salah satu perayaan penganut agama Kristian yang termasuk dalam cuti umum setiap negeri di Malaysia.

Berikut adalah cuti sekolah berkaitan Hari Krismas:

TahunTarikhHariCutiNegeri
202324 DisAhadCuti Hari NatalSabah
202325 DisIsninHari KrismasSemua Negeri
202326 DisSelasaCuti Hari KrismasSabah
202424 DisSelasaCuti Hari NatalSabah
202425 DisRabuHari KrismasSemua Negeri
202524 DisRabuCuti Hari NatalSabah
202525 DisKhamisHari KrismasSemua Negeri
202624 DisKhamisCuti Hari NatalSabah
202625 DisJumaatHari KrismasSemua Negeri
202627 DisAhadCuti Hari KrismasJohor & Kedah

Apa itu Hari Krismas?

hari krismas

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian bagi memperingati kelahiran Jesus.

Jesus dilahirkan lebih dua ribu tahun yang lalu dan penganut Kristian meraikan kelahiran Jesus sempena mengutamakan keimanan Kristian dan sejarahnya.

Rata-rata penganut agama Kristian menyambut perayaan ini pada tarikh 25 Disember setiap tahun.

Namun beberapa Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain seperti di Mesir, Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Aktiviti semasa Hari Krismas

hari krismas

Adat resam moden perayaan ini termasuklah pemberian hadiah, sambutan keagamaaan di gereja, dan peragaan pelbagai perhiasan seperti pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi, dan lakonan kelahiran Jesus.

Santa Claus dikaitkan dengan tokoh mitos terkenal yang sering memberi hadiah bersempena dengan Hari Natal.

Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian.

Sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Keunikan sambutan Hari Natal

Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon Krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni.

Bungkusan-bungkusan hadiah diletakkakn di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut.

Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang.

Sepertimana perayaan masyarakat lain juga, pada pagi hari sambutan tersebut mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

Bilakah Hari Natal disambut?

Rata-rata penganut agama Kristian menyambutnya pada 25 Disember.

Namun sebahagian penganut Kristian di beberapa Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain seperti di Mesir, Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *